Thursday, 15 March 2012

Hidup Tanpa Kenangan,Seperti Hidup Sendirian



kenangan. hanya ada tiga kenangan yang selalu hadir tanpa paksaan
memberi seribu pengertian. semuanya hadir secara kebetulan. kenangan 
rambangyang mampu mengukir senyuman.




 Gagak hitam sekawan. haiwan yang darjatnya diangkat tinggi melepasi 
awan sampai ke bulan. haiwan yang menjadi ikon sebuah kumpulan.
kumpulan yang selamanya dipertahankan. kumpulan yang dianggotai tiga
belas jejaka idaman. walau jauh terpisah badan mereka tetap segar
dalam ingatan.


hujan. ada yang kata itu cuma cuaca harian. ada yang kata hujan 
menyusahkan. tapi hujan itu mengulit kenangan. dalam hujan pernah terjadi
satu pertemuan. dalam hujan telah berlaku satu perpisahan. dalam hujan
juga ciuman pertama telah diberikan. setiap kali hujan hati akan teringat 
kepada semua kawan-kawan yang dianggap istimewah dalam hidup.


perkara memalukan. bila teringat bukan setakat senyum malah ketawa sakan.
terjatuh, gurauan atau tersalah sebut satu perkataan. bila diimbas pasti
akan mengundang hilaian.


setiap kali mengimbau kenangan di atas membuat bibir ini senyum sendirian.
rasa kurang siuman?biarkan. sesungguhnya senyuman itu melindungi
seribu ketakutan. dan sesungguhnya senyuman itu menutup seribu 
kesedihan.


PS : cuma kawan sejati dapat membezakan senyum ini palsu atau asli :)







No comments:

Post a Comment