Thursday, 15 March 2012

Hidup Tanpa Kenangan,Seperti Hidup Sendirian



kenangan. hanya ada tiga kenangan yang selalu hadir tanpa paksaan
memberi seribu pengertian. semuanya hadir secara kebetulan. kenangan 
rambangyang mampu mengukir senyuman.




 Gagak hitam sekawan. haiwan yang darjatnya diangkat tinggi melepasi 
awan sampai ke bulan. haiwan yang menjadi ikon sebuah kumpulan.
kumpulan yang selamanya dipertahankan. kumpulan yang dianggotai tiga
belas jejaka idaman. walau jauh terpisah badan mereka tetap segar
dalam ingatan.


hujan. ada yang kata itu cuma cuaca harian. ada yang kata hujan 
menyusahkan. tapi hujan itu mengulit kenangan. dalam hujan pernah terjadi
satu pertemuan. dalam hujan telah berlaku satu perpisahan. dalam hujan
juga ciuman pertama telah diberikan. setiap kali hujan hati akan teringat 
kepada semua kawan-kawan yang dianggap istimewah dalam hidup.


perkara memalukan. bila teringat bukan setakat senyum malah ketawa sakan.
terjatuh, gurauan atau tersalah sebut satu perkataan. bila diimbas pasti
akan mengundang hilaian.


setiap kali mengimbau kenangan di atas membuat bibir ini senyum sendirian.
rasa kurang siuman?biarkan. sesungguhnya senyuman itu melindungi
seribu ketakutan. dan sesungguhnya senyuman itu menutup seribu 
kesedihan.


PS : cuma kawan sejati dapat membezakan senyum ini palsu atau asli :)







Monday, 12 March 2012

Kawan Makan Kawan (SEBUAH PICISAN UTK TATAPAN)















Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya menyatakan,

"Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati." (Hadis Riwayat Al-Bukhari Muslim)


aku cuba menjadi yang terbaik untuk semua orang. aku cuba untuk menggembirakan hati semua orang. aku cuba untuk menenangkan hati semua orang..

tapi ternyata aku silap..
ada orang yang mempergunakan kebaikan ku. ada orang yang mengambil kesempatan keatas kebaikan ku. ada orang yang mengambil peluang atas kebaikan ku ini..

tapi kenapa??apa salah aku? apa dosa aku sampai dia buat aku macamni? adakah sebab kesempitan hidup membuatkan dia bertindak mengikut hati dan perasaan tanpa mementingkan perasaan orang lain? adakah sebab desakan wang membuatkan dia lupa bahawa ada orang yang dulunya sentiasa mendoakan kejayaan dia..

mau buat mcmana kan..ini realiti kehidupan..tak namanya manusia kalau tak berubah. tak kira la dari jahat ke baik ataupun dari baik ke jahat.. tak namanya manusia la kalau tiada sifat iri hati ataupun cemburu terhadap kejayaan orang lain.



aku membina apa yang aku ada sekarang bukannya senang. puas dah jatuh tersungkur, puas dah kena hempap tangga, puas dah lemas dek lautan dalam, puas dah sesat dek hutan tebal. aku jadikan semuanya sebagai tali, pelampung, dan jambatan untuk aku berjaya.


atas usaha dan inisiatif sendiri, atas berkat doa yang tak pernah jemu, atas redha dan tawakal yang tak pernah kenal penat...aku merangkak, berjalan dan berlari untuk capai apa yang aku inginkan...

aku takkan membina istana emas atas penderitaan orang lain.
masih ada sifat naluri kemanusiaan dalam diri ini.
mungkin keturunan aku bukan dari keturunan yang jahat, tak pun didikan yang cukup dari keluarga aku membuatkan aku sebergini. paling kurang pun aku sendiri sedar bahawa tak elok untuk melakukan kejahatan terhadap orang lain.

maaf sekiranya aku bersalah. maybe ada keburukan aku juga yang kau tak mampu luahkan.. tapi kita boleh berbincang kan?

berat mata memandang, berat lagi bahu ku memikul.
ko mana tahu??

Sunday, 4 March 2012

Perkahwinan...





perkahwinan bukan shj tentang zuriat,,perkahwinan itu adalh tentang perjalanan dlm mencari cinta kelas pertama...cinta kepada Allah yg disandarkan kpd manusia...klau kita x mengecapi cinta yang utama bgaimana kita hendak mula brharap pd manusia sedangkan pengharapan itu adalh milik Dia..
 

" Jangan mencintai lelaki segunung harapan kerana cinta lelaki tak sama nilainya dengan cinta wanita.., TAPI CINTAILAH SUAMIMU setinggi mana yang kau mampu , walau tidak sama nilainya dari suami , kerana DI SITU ADA JALAN SYURGA ALLAH ..WALLAHUALAM "


Thursday, 1 March 2012




Hatiku Memendam Rasa...





                                                       wahai hati...



kamu...
maafkan aku kerana memandam rasa ini.
kamu tahu...
ianya bukan sesuatu yang mudah.
tapi aku harus tegarkan hati untuk terus melalui semua ini.

kamu...
kadang-kadang aku rasa tak kuat sangat untuk terus berpura-pura
kamu tahu...
ianya amat sukaruntuk tersenyum seolah-olah aku redha dengan semuanya.
tetapi aku harus terus melawan rasa yang ada dihati ini.

aku bukan yang sempurna.
aku juga bukan yang menjadi pilihan utama.
tetapi kamu...
aku akan sentiasa ada untuk memastikan kamu sentiasa bahagia.
biarpun kehadiran dan kewujudan aku tidak nampak dimata kamu.
tapi aku senang andai kamu bisa tersenyum.

kamu...
aku tidak suka melihat kerutan di dahi kamu.
serius, ianya tidak sesuai untuk kamu.
aku akan runsing bila kamu jadi begitu.
seandainya aku bisa memberikan senyuman aku di wajah kamu.

kamu...
aku berharap aku dapat menemui seseorang yang akan buatkanaku lupa tentang kamu.
kerana kamu juga sudah ada penganti.
aku senang bila kamu boleh kembali tersenyum.
biarpun yang menjadi punca senyuman kamu adalah orang lain.
aku faham dan aku memahami kenapa kamu memilih dia.
kerana kehadiran dia lebih bermakna pada kamu.
seperti kamu menyayangi dia, seperti aku menyayangi kamu
bezanya, dia juga menyayangi kamu.
tapi aku, hanya aku, diri aku, dunia aku.
tidak di dunia kamu.

aku sedih...
tapi aku tidak boleh turutkan hati aku untuk terus bersedih
aku kena faham.
dan aku kena teruskan melangkah agar aku tidak terus memikirkan bahawa di dunia ini.
perempuan cuma hanya kamuseorang sahaja.
aku kena bukakan mataku ini untuk orang lain.
paling penting aku perlukan ruang dihati aku untuk seseorang yang lain juga.
aku kena belajar untuk menghargai.

kata kawan aku...
aku perlu lupakan orang itu sekiranya dia tidak tahu menghargai aku.
aku tahu...
kamu bukan tidak menghargai aku.
cuma kamu tiada apa-apa perasaan pada aku.
sebab itu kamu tidak ambil kisah tentang kewujudan aku.

kamu...
maafkan aku sekiranya suatu hari nanti aku tidak mampu teruskan memendam rasa ini untuk kamu.
aku tidak mahu terus berharap kerana aku bimbang akuakan terus kecewa.
tapi sebelum aku jadi begitu.
aku berharap kamu akan mengetahui.
betapa pentingnya kamu dalam hidup aku.
cuma aku berharap aku masih bisa melihat senyuman kamu.
kerana dengan cara itu sahaja dapat mengubati rindu ini.

kamu...
kamu dan kamu.
semoga kamu menemui kebahagian kamu.
semoga aku juga terus tabah dan menemui kebahagian aku itu.
aku akan mendoakan kamu dan dia.