Hatiku Memendam Rasa...
wahai hati...
kamu...
maafkan aku kerana memandam rasa ini.
kamu tahu...
ianya bukan sesuatu yang mudah.
tapi aku harus tegarkan hati untuk terus melalui semua ini.
kamu...
kadang-kadang aku rasa tak kuat sangat untuk terus berpura-pura
kamu tahu...
ianya amat sukaruntuk tersenyum seolah-olah aku redha dengan semuanya.
tetapi aku harus terus melawan rasa yang ada dihati ini.
aku bukan yang sempurna.
aku juga bukan yang menjadi pilihan utama.
tetapi kamu...
aku akan sentiasa ada untuk memastikan kamu sentiasa bahagia.
biarpun kehadiran dan kewujudan aku tidak nampak dimata kamu.
tapi aku senang andai kamu bisa tersenyum.
kamu...
aku tidak suka melihat kerutan di dahi kamu.
serius, ianya tidak sesuai untuk kamu.
aku akan runsing bila kamu jadi begitu.
seandainya aku bisa memberikan senyuman aku di wajah kamu.
kamu...
aku berharap aku dapat menemui seseorang yang akan buatkanaku lupa tentang kamu.
kerana kamu juga sudah ada penganti.
aku senang bila kamu boleh kembali tersenyum.
biarpun yang menjadi punca senyuman kamu adalah orang lain.
aku faham dan aku memahami kenapa kamu memilih dia.
kerana kehadiran dia lebih bermakna pada kamu.
seperti kamu menyayangi dia, seperti aku menyayangi kamu
bezanya, dia juga menyayangi kamu.
tapi aku, hanya aku, diri aku, dunia aku.
tidak di dunia kamu.
aku sedih...
tapi aku tidak boleh turutkan hati aku untuk terus bersedih
aku kena faham.
dan aku kena teruskan melangkah agar aku tidak terus memikirkan bahawa di dunia ini.
perempuan cuma hanya kamuseorang sahaja.
aku kena bukakan mataku ini untuk orang lain.
paling penting aku perlukan ruang dihati aku untuk seseorang yang lain juga.
aku kena belajar untuk menghargai.
kata kawan aku...
aku perlu lupakan orang itu sekiranya dia tidak tahu menghargai aku.
aku tahu...
kamu bukan tidak menghargai aku.
cuma kamu tiada apa-apa perasaan pada aku.
sebab itu kamu tidak ambil kisah tentang kewujudan aku.
kamu...
maafkan aku sekiranya suatu hari nanti aku tidak mampu teruskan memendam rasa ini untuk kamu.
aku tidak mahu terus berharap kerana aku bimbang akuakan terus kecewa.
tapi sebelum aku jadi begitu.
aku berharap kamu akan mengetahui.
betapa pentingnya kamu dalam hidup aku.
cuma aku berharap aku masih bisa melihat senyuman kamu.
kerana dengan cara itu sahaja dapat mengubati rindu ini.
kamu...
kamu dan kamu.
semoga kamu menemui kebahagian kamu.
semoga aku juga terus tabah dan menemui kebahagian aku itu.
aku akan mendoakan kamu dan dia.
No comments:
Post a Comment