Friday, 15 March 2024

 Aku Kembali 


hari ini puasa hari ketiga 2024 tanpa terduga aku tiba-tiba teringat pasal blog aku ni yang lama aku tinggalkan last aku update kalau tak salah tahun 2016 lepas tu aku menyepikan diri bukan sebab apa pun, mungkin sebab komitmen pada kerja yang buat aku tidak dapat untuk fokus pada blog ni (acah2 sibuk) hahahahaha... sebenarnya banyak perkara yang aku inigin kongsikan tapi tu la kan kesibukan kota menjadi penghalang... insyaAllah lepas ni aku cuba untuk update balik apa yang patut aku update lama tidak mencurahkan idea ni rasa macam kekok pula untuk mulakan penceritaan aku.. tapi tidak mengapa aku cuba untuk bercerita semula dalam dunia aku tersendiri...

hari ni puasa hari yang ketiga...sementara aku duduk termenung tanpa bertemankan secawan kopi aku tiba-tiba teringat pasal blog ni "CERITA SANG PENULIS" yang agak lama aku tinggalkan, aku pun cuba buka dengan seribu harapan supaya lepas ni aku boleh bercerita semula sama seperti sebelum ni... aku pun cubalah untuk mencari kembali blog ni alhamdulillah masih ada seperti sediakala tapiiiii... ada tapi pula aku lupa email dan paswod hahahahaha aku pun cuba la recovery guna email baru x blh aku mula rasa macam tiada harapan untuk aku menulis dalam blog ni dan terpaksa buat blog baru... aku menarik nafas panjang sambil merenung dan bersandar cuba mencari jalan lain macam orang tua2 kata setiap masalah ada jalan penyelesaiannya... aku dapat idea untuk cuba recovery gunakan nombor telefon pecubaan pertama gagal aku kembali bersandar dan cuba untuk ingat nombor telefon yang mana aku guna untuk recovery...percubaan kali kedua aku try guna nombor telefon yang hanya aku guna untuk family aku, nampak ada sedikit sinar mentari muncul apabila aku blh dapatkan email aku daftarkan untuk blog..

belum selesai lagi satu masalah lagi timbul aarrgggg sudahhhhhh paswod pula aku lupa email dapat sudah ehhhmmmm aku mula mengeluh rasa malas untuk aku teruskan mungkin sebab perut lapar berpuasa hahahahahahaha...aku relax jap sambil fikir ni dugaan puasa lepas tu aku cuba request guna nombor telefon yang sama tingggg dapat hahahaha wahhhh happy gila aku bila dapat balik blog yang lama aku tinggalkan macam tidak percaya pun ada juga...insyaAllah lepas ni aku cuba cari peluang untuk bercerita semula banyak cerita yang aku simpan aku tidak tahu dimana untuk aku ceritakan rasanya inilah tempat yang sesuai pun memandangkan aku dapat balik blog ni... lepas ni aku akan update cerita aku mungkin aku akan sambung kisah aku yang last..kisah aku bersama cinta hati aku lepas tu mungkin aku selitkan cerita kerja aku banyak juga kisah sedih dan gembira dalam kerja aku yang mungkin aku boleh ceritakan nanti...  

aku harap lepas ni aku akan dapat terus bercerita lagi walaupun bukannya 100% aku cuba cari masa untuk bercerita mengenai perjalanan hidup "CERITA SANG PENULIS" penulis usang yang mempunyai sejuta impian dan harapan...yiiiihaaakkkkk hahahahahaha 




Sunday, 24 April 2016

Cinta jarak jauh…

Cinta semua sama, tidak kiralah jarak dekat atau jauh Cinta datangnya dari hati, cinta yg ikhlas dtgnya dr hati mmg tdk dpt dilihat tp dpt dirasakan olh pasangan kita..sejauh mana pun jarak kita dgn seseorg itu bknlah 1 masalah jika disulamkn dgn keikhlasan, kejujuran, kepercayaan dan kesetiaan.

Namun adakalanya ketika hati sudah teguh, keadaan pula tak mengizinkan. Ada saja dugaan dan cabaran bagi cinta jarak jauh . Tetapi dugaan dan cabaran inilah yang menjadikan pasangan tersebut lebih matang dan berani menghadapi cabaran yang mendatang.  Sebagai contoh, rindu. Setiap pasangan memang tak boleh lari daripada rasa rindu, lebih-lebih lagi yang berjauhan.


Tapi jarak bukan satu alasan untuk kita tidak boleh meneruskan hubungan percintaan jarak jauh. Tidak semestinya kita dekat dengan pasangan kita, kita mampu menjaga hubungan dengan baik dan tidak semestinya cinta jarak jauh akan selalu bermasalh, jika kita sulamkn dengan kejujuran, kepercayaan dan kesetiaan hubungan itu akan teguh dan kuat seperti tembok pertahanan tidak akan goyang walaupun ribut melanda… 

Sunday, 21 February 2016

Permulaan cintaku..

17.07.2015 kisah pada 1 syawal masa ni aku di penang tdk balik cuti raya.. nak dijadikan cerita selesai solat raya aku blk rumah dan tidur biasalah anak bujang diperantauan tak tau nk pg mana..tiba2 aku dpt chat dr seseorg yg aku tdk kenali melalui wechat, mcm biasalah aku mmg tdk akn lyn org yg aku tdk knl, tp ntah kenapa tedetik utk bls chat dia tp aku bls lebih kurang sbb aku tkt kena game olh kwn2, yg peliknya walaupun aku bls lebih kurang dia tetap tdk pts chat aku..sampailah satu tahap aku Tanya dr mana dia dpt id wechat aku..rupanya kwn rapat aku yg bagi..dari hari tu bermulalah kami chat dan bertukar nombor telefon..hari ke hari aku semakin selesa utk becerita dgn dia sampaikn tdk segan utk hntr gmbr perasaan sayang semakin nmpk tp aku tetap tdk yakin, bkn apa aku Cuma serik dipermainkn cukuplah sekali, tp bila dia muncul dlm hidup aku hati aku semakin tebuka utk menerima cinta. Walaupun hati aku semakin tebuka aku tetap mendiamkn diri aku tdk pena meluahkn apa yg aku rasa pada dia..sbb aku ingat aku akn bgtau dia bila bedepan..aku pun ambk keputusan untuk becuti bln 12 masa tu lah aku akn luahkn apa yg aku rasa…

Betul org tua katakan laut tdk selalunya tenang ada masanya akn begelora, bgtu jugalah dlm setiap perhubungan. Pada pertghan bln 11 hubungan kami seperti agak bergelora tanpa sebab dan alas an dia tiba2 menghilang, tp sebelum menghilang dia sempat memberitahu yg telefonnya rosak. Aku menjadi pelik hampir seminggu kami tdk behubung aku cuba hntr msj tp tdk terbalas, aku tepaksa minta bantuan dr kwn aku utk hubungi dia, masa tu jugalah mcm2 cerita yg aku dpt disertakn dengan bukti2…
Perghhhhhh ‘sakitnya tuh disini’ mcm dlm lagu, mulalah fikiran negative mempengaruhi minda aku aku dpt rasakn aku skali lagi aku dipermainkan olh seorg wanita yg semakin aku syg. Aku mula putus asa dan tdk mengharapkan apa2 tp kwn aku pun tdk putus2 bg nasihat dan semangat utk aku teruskn hubungan tu.

Untuk mendapatkn sesuatu yg kita inginkn dan impikan mmg bukan senang harus ada pengorbanan, kesabaran, mcm2 lagilah mls nak taip pandai2 lah fkr sendiri..
Tibalah masanya aku becuti dan balik ke kampong halaman, hati aku bekobar2 tdk sabar nk blk kampong ada dua sebab..pertama mmglah rindukan family yg kedua tdk sabar utk berjumpa dgn si dia.. kali pertama aku jumpa dgn dia rasa mcm nk jatuh jantung rasa mcm mimpi pun ada juga sejak dr itu lah aku sdh jatuh hati padanya..masa tu kami tdk bnyk becerita lebih pada bediam sbb masih malu2 kucing lagi..selepas tu semakin baik, aku pun beniat nk bawa dia jumpa dgn family aku pada sambutan harijadi ank buah aku..tp malangnya tdk kesampaian disebabkan ada sedikit kesalah fahaman, skali lagi racun2 negatif mula masuk ke otak aku tp aku cuba utk betahan dr buat keputusan yg menginzir buta..esknya kami keluar dan aku minta dia jelaskn apa yg terjadi, penjelasan yg simple dan mudah difahami aku pun terima penjelasan tu dgn hati yg tebuka.. dlm hidup aku, aku tdk pena meluahkn perasaan dgn sesiapa pun dialah org petama tmpt aku lauhkn perasaan disaksikan gerai2 kepala bakar jalan sulaman aku cuba meyakinkn diri aku sendiri utk meluahkn apa yg aku rasa.. Alhamdulillah diterima dgn adanya.


Dia pun sdh bejumpa dgn family aku, tiada masalah bg family aku Cuma mngkn masi kekok sbb dia 1st time jumpa family aku masi tdk jumpa rentak lagi, insyaAllah nnt ok lah tu..aku akn cuba bgtau dia sikit demi sedikit tentang rentak family aku..family aku ni jenis yg suka becerita mngkn dia pun masi tdk biasa lagi dgn situasi tu..nnt klu dia slalu dtg ruma ok lah tu..

Cuti aku pun sdh selesai, pagi sebelum aku berangkat ke airport sempat besarapan dgn kedua org tua aku.. perbincangan pagi tu menjurus kepada hala tuju masa depan aku dan hubungan aku dgn si dia, perbincang pagi tu ditutup dgn pesanan dr bapa aku utk si dia agar si dia rajin2lah dtg ke rumah walaupun ketiadaan aku disana ada maksud tersirat disebalik ayat tu kalau diamati, pandai2lah fahamkn sendiri mls taip panjang2. aku sdh sampaikan pesanan terserah pada tuan badan utk laksanakn..aku tdk paksa sbb dia sering mengadu pnt berkerja dan mngkn hujung minggu digunakan utk berehat atau membuat aktiviti lain..aku fhm bila pnt bekerja kita mesti nk rht dan tenangkn minda..

Oklah aku tiada idea lag ink tulis apa..nnt aku update lagi kalau idea ada… ohya nk bgtau si dia yg aku maksudkan dlm cerita ni ialah..
SITI HADAWIYAH BINTI ASGAAPAR…dialah org yg aku maksudkan, dialah juga yg menjadi buah hati aku, org yg mampu lembutkn hati aku, org aku paling sayang selain family aku..semoga hubungan kami berkekalan sampai ke ank cucu.. 


LOVE U CINTA HATI...


Monday, 30 June 2014

Coretan Hatiku...

assalam dan salam sejaterah...
lama tak buka blog ni disebabkn kesibukan kerja dan kesibukan kota...hahaha
Bulan suci Ramadan adalah bulan yang penuh berkah. Selain kita berlumba dalam mencari pahala, bulan Ramadan juga momen dimana kita dapat meningkatkan silaturahim antar sesama terutama keluarga. Dalam kesempatan bulan Ramadan ini dimanfaatkan anggota keluarga untuk melakukan aktiviti bersama seperti buka dan sahur bersama. Namun momen-momen kebersamaan keluarga tersebut tidak berlaku bagi kami anak perantauan.
Sebagai anak perantauan, menjalani bulan puasa di kota orang akan terasa berbeza dibandingkan di kampung halaman. Banyak momen istimewa yang terlewatkan seperti buka dan sahur bersama keluarga. Selain itu kami tidak dapat menikmati hidangan buka atau sahur yang biasanya disajikan oleh ibunda. 

Walau pun dalam perantauan, keistimewaan bulan Ramadan harus tetap diraih. Meskipun saat ini jauh dari keluarga, masih ada teman sesama perantau yang yang senasib dan seperjuangan yang saling membantu memeriahkan bulan suci Ramadan ini. Kini kami akan saling mengingatkan waktu bangun sahur agar tidak bangun kesiangan. Waktu buka puasa, salat taraweh, ada teman seperantauan yang menemani. Kami sudah bagaikan keluarga di tanah rantau ini.
keadaan yang jauh dari keluarga tak mengurangi semangat kami untuk menyambut datangnya bulan suci ramadhan. Jangan jadikan perantauan sebagai penghambat dalam menjalankan ibadah puasa. Tetap mencari pahala sebanyak mungkin dan tetap melanjutkan aktiviti perkuliahan tanpa beban di bulan yang penuh berkah ini, bulan suci ramadhan. Marhaban ya ramadhan.


Sunday, 10 November 2013

Kehidupan seorang perantau





 
 
 
Assalamualaikum...
Harap korang dalam keadaan sihat sentiasa...
Thanks kerana sudi singgah blog ini..

bersendirian ketika ini.. terbuka idea untuk menulis entri mengenai kehidupan seorang perantau...
perantau seringkali digambarkan seorang remaja yang keluar dari kampung untuk merasakan kehidupan di ibukota.. hidup bebas..tanpa kongkongan..

adakah ini yang dikehendaki oleh setiap remaja yang ingin merasa kehidupan sebagai seorang perantau..?
aku percaya semua remaja ingin bebas... bebas bukan bermaksud bebas melakukan apa sahaja...
sentiasa  beringat pada diri sendiri..! dan pegang la prinsip dalam hidup masing-masing..  
nescaya akan berjaya kelak..



zaman ribena ku dulu..aku sering melihat remaja yang keluar dari kampung dan berhijrah ke bandar-bandar besar.. tujuan untuk merasakan kehidupan sebagai seorang perantau.. dengan semangat yang berkobar-kobar meninggalkan kampung halaman dan keluarga... ditanam sedalam-dalamnya dalam hati dengan niat merantau untuk membantu keluarga.. mengharapkan pulangan sebagai seorang perantau yang berjaya....

lumrah bagi seorang perantau bila berada di ibu kota... dugaan dan cabaran akan diharungi dengan hati yang tabah.. tiada lagi tempat untuk meminta simpati...
kau berilah RM1..! nescaya akan digunakan duit itu sebaik yang mungkin..! betapa berharganya RM1 ketika  mula-mula memijakkan kaki di ibukota..

bila bergelar seorang perantau.. tiada lagi masa yang digunakan untuk lepak.. menghabiskan masa tak tentu pasal..jika ada kesempatan untuk berehat.. akan digunakan kesempatan itu untuk rehat sepenuhnya..

KERJA..! itulah benda pertama yang sentiasa diberi keutamaan ketika bergelar perantau.. 
"kau kerja kau hidup..! tak kerja balik kampung lah..!" 

kerja..kerja..kerja... perkara ini sentiasa bermain di fikiran seorang perantau...
korang dapat gambarkan kehidupan seorang perantau dari negara luar.. bekerja di sektor pembinaan.. pergi kerja waktu pagi.. usai kerja sehingga senja.. bahkan ada yang bekerja sampai lewat malam... demi mendapatkan sesuap nasi... dan berharap hasil dari gaji tu dapat membantu keluarga di kampung.. 



"biarlah aku bersusah payah di sini.. janji keluargaku di kampung hidup dengan senang"

tidak mustahil ayat di atas akan tersemat dalam hati seorang perantau yang ingin membantu keluarga...





aku pernah bertanya pada seorang pekerja nepal..

aku: "kenapa kerja kat malaysia?"
nepal: "sebab negara malaysia senang kerja"
aku: "gaji okay tak?"
nepal: "boleh la.. selalu dapat duit gaji, itu duit hantar keluarga itu india"



warga asing berlumba-lumba untuk mendapatkan pekerjaan di negaraku Malaysia


bertuah la pada mereka yang berjaya menjadi seorang perantau yang dapat membahgiakan dan mengharumkan nama keluarga.. 

kepada mereka-mereka yang bergelar sebagai seorang perantau... semoga korang tabah menghadapi setiap dugaan yang datang... terutama pada mereka-mereka yang tinggal serumah atau sebilik dengan member..


jangan sesekali sembunyikan makanan tahu..! aku selalu dengar masalah seperti ini.. member sanggup menyembunyikan makanan dari member yang lain.. ish..ish..ish.. 

patutkah perkara seperti itu berlaku? yes..! perkara tu memang kenyataan.. sebab aku pernah mendengarnya... dan rasanya tak perlu la aku beritahu kat sini dengan lebih lanjut...

okay la... rasanya sampai sini saja entri aku.. ingat er jangan sembunyikan makanan dari member.. lalala...

Lama Tak Update Blog



Assalamualaikum readers.

Dah lama tak update blog kan? Tetiba semangat nak update blog berkurang sekarang. Thanks to those yang sentiasa baca blog and klik yang mana patut. Hehe, jasa baik korang sangat aku hargai.

sejak aku dah bekerja ni masa mmg terhad sbb tu la tiada masa nak  update blog...walau apa pun hari ni aku ada kesempatan untuk update blog ni yang lama aku tinggalkn...
selama aku tak update blog ni macam2 cita dan kisah belaku kepada aku tp tak sempat nak update ke blog.

apa pun sekarang ni aku happy sebab aku dah bekerja ladang anggur aku pun dah aku serahkan pada orang lain, sekarang ni aku hanya focus pada 1 pekerjaan walaupun kadang2 rasa tension tp tepaksa di lalui dengan kesabaran...




Wednesday, 27 February 2013

ERTI PERSAHABATAN

salam dihulur...tanda kenalan...
kenal nama... disambut senyuman...
ikatan bertukar menjadi kawan...
kongsi tawa, kongsi tangisan...
kita semakin rapat...
terus menjadi sahabat...
sentiasa dihati...walau jauh...walau dekat...



Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.





Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.




Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.


 


Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?




Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.




Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanl ah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..


 buat sahabat-sahabatku yang sering terkecil hati kerana perbuatan atau kekasaran bahasaku...aku memohon keampunan dari kalian...maafkanlah diriku....