Kehidupan seorang perantau
Assalamualaikum...
Harap korang dalam keadaan sihat sentiasa...
Thanks kerana sudi singgah blog ini..
bersendirian ketika ini.. terbuka idea untuk
menulis entri mengenai kehidupan seorang perantau...
perantau seringkali digambarkan seorang remaja
yang keluar dari kampung untuk merasakan kehidupan di ibukota.. hidup
bebas..tanpa kongkongan..
adakah ini yang dikehendaki oleh setiap remaja
yang ingin merasa kehidupan sebagai seorang perantau..?
aku percaya semua remaja ingin bebas... bebas
bukan bermaksud bebas melakukan apa sahaja...
sentiasa beringat pada diri sendiri..! dan pegang
la prinsip dalam hidup masing-masing..
nescaya akan berjaya kelak..
zaman ribena ku dulu..aku sering melihat remaja
yang keluar dari kampung dan berhijrah ke bandar-bandar besar.. tujuan untuk
merasakan kehidupan sebagai seorang perantau.. dengan semangat yang
berkobar-kobar meninggalkan kampung halaman dan keluarga... ditanam
sedalam-dalamnya dalam hati dengan niat merantau untuk membantu keluarga..
mengharapkan pulangan sebagai seorang perantau yang berjaya....
lumrah bagi seorang perantau bila berada di ibu
kota... dugaan dan cabaran akan diharungi dengan hati yang tabah.. tiada lagi
tempat untuk meminta simpati...
kau berilah RM1..! nescaya akan digunakan duit itu
sebaik yang mungkin..! betapa berharganya RM1 ketika mula-mula memijakkan kaki
di ibukota..
bila bergelar seorang perantau.. tiada lagi masa
yang digunakan untuk lepak.. menghabiskan masa tak tentu pasal..jika ada
kesempatan untuk berehat.. akan digunakan kesempatan itu untuk rehat
sepenuhnya..
KERJA..! itulah benda pertama yang
sentiasa diberi keutamaan ketika bergelar perantau..
"kau kerja kau hidup..! tak kerja balik kampung
lah..!"
kerja..kerja..kerja... perkara ini sentiasa
bermain di fikiran seorang perantau...
korang dapat gambarkan kehidupan seorang perantau
dari negara luar.. bekerja di sektor pembinaan.. pergi kerja waktu pagi.. usai
kerja sehingga senja.. bahkan ada yang bekerja sampai lewat malam... demi
mendapatkan sesuap nasi... dan berharap hasil dari gaji tu dapat membantu
keluarga di kampung..
"biarlah aku bersusah payah di sini.. janji keluargaku di
kampung hidup dengan senang"
tidak mustahil ayat di atas akan tersemat dalam
hati seorang perantau yang ingin membantu keluarga...
aku pernah bertanya pada seorang pekerja
nepal..
aku: "kenapa kerja kat malaysia?"
nepal: "sebab negara malaysia senang kerja"
aku: "gaji okay tak?"
nepal: "boleh la.. selalu dapat duit gaji, itu duit
hantar keluarga itu india"
warga asing berlumba-lumba untuk mendapatkan pekerjaan di
negaraku Malaysia
bertuah la pada mereka yang berjaya menjadi
seorang perantau yang dapat membahgiakan dan mengharumkan nama keluarga..
kepada mereka-mereka yang bergelar sebagai seorang
perantau... semoga korang tabah menghadapi setiap dugaan yang datang... terutama
pada mereka-mereka yang tinggal serumah atau sebilik dengan member..
jangan sesekali sembunyikan makanan tahu..! aku
selalu dengar masalah seperti ini.. member sanggup menyembunyikan makanan dari
member yang lain.. ish..ish..ish..
patutkah perkara seperti itu berlaku? yes..!
perkara tu memang kenyataan.. sebab aku pernah mendengarnya... dan rasanya tak
perlu la aku beritahu kat sini dengan lebih lanjut...
okay la... rasanya sampai sini saja entri aku..
ingat er jangan sembunyikan makanan dari member.. lalala...



