Sunday, 10 November 2013

Kehidupan seorang perantau





 
 
 
Assalamualaikum...
Harap korang dalam keadaan sihat sentiasa...
Thanks kerana sudi singgah blog ini..

bersendirian ketika ini.. terbuka idea untuk menulis entri mengenai kehidupan seorang perantau...
perantau seringkali digambarkan seorang remaja yang keluar dari kampung untuk merasakan kehidupan di ibukota.. hidup bebas..tanpa kongkongan..

adakah ini yang dikehendaki oleh setiap remaja yang ingin merasa kehidupan sebagai seorang perantau..?
aku percaya semua remaja ingin bebas... bebas bukan bermaksud bebas melakukan apa sahaja...
sentiasa  beringat pada diri sendiri..! dan pegang la prinsip dalam hidup masing-masing..  
nescaya akan berjaya kelak..



zaman ribena ku dulu..aku sering melihat remaja yang keluar dari kampung dan berhijrah ke bandar-bandar besar.. tujuan untuk merasakan kehidupan sebagai seorang perantau.. dengan semangat yang berkobar-kobar meninggalkan kampung halaman dan keluarga... ditanam sedalam-dalamnya dalam hati dengan niat merantau untuk membantu keluarga.. mengharapkan pulangan sebagai seorang perantau yang berjaya....

lumrah bagi seorang perantau bila berada di ibu kota... dugaan dan cabaran akan diharungi dengan hati yang tabah.. tiada lagi tempat untuk meminta simpati...
kau berilah RM1..! nescaya akan digunakan duit itu sebaik yang mungkin..! betapa berharganya RM1 ketika  mula-mula memijakkan kaki di ibukota..

bila bergelar seorang perantau.. tiada lagi masa yang digunakan untuk lepak.. menghabiskan masa tak tentu pasal..jika ada kesempatan untuk berehat.. akan digunakan kesempatan itu untuk rehat sepenuhnya..

KERJA..! itulah benda pertama yang sentiasa diberi keutamaan ketika bergelar perantau.. 
"kau kerja kau hidup..! tak kerja balik kampung lah..!" 

kerja..kerja..kerja... perkara ini sentiasa bermain di fikiran seorang perantau...
korang dapat gambarkan kehidupan seorang perantau dari negara luar.. bekerja di sektor pembinaan.. pergi kerja waktu pagi.. usai kerja sehingga senja.. bahkan ada yang bekerja sampai lewat malam... demi mendapatkan sesuap nasi... dan berharap hasil dari gaji tu dapat membantu keluarga di kampung.. 



"biarlah aku bersusah payah di sini.. janji keluargaku di kampung hidup dengan senang"

tidak mustahil ayat di atas akan tersemat dalam hati seorang perantau yang ingin membantu keluarga...





aku pernah bertanya pada seorang pekerja nepal..

aku: "kenapa kerja kat malaysia?"
nepal: "sebab negara malaysia senang kerja"
aku: "gaji okay tak?"
nepal: "boleh la.. selalu dapat duit gaji, itu duit hantar keluarga itu india"



warga asing berlumba-lumba untuk mendapatkan pekerjaan di negaraku Malaysia


bertuah la pada mereka yang berjaya menjadi seorang perantau yang dapat membahgiakan dan mengharumkan nama keluarga.. 

kepada mereka-mereka yang bergelar sebagai seorang perantau... semoga korang tabah menghadapi setiap dugaan yang datang... terutama pada mereka-mereka yang tinggal serumah atau sebilik dengan member..


jangan sesekali sembunyikan makanan tahu..! aku selalu dengar masalah seperti ini.. member sanggup menyembunyikan makanan dari member yang lain.. ish..ish..ish.. 

patutkah perkara seperti itu berlaku? yes..! perkara tu memang kenyataan.. sebab aku pernah mendengarnya... dan rasanya tak perlu la aku beritahu kat sini dengan lebih lanjut...

okay la... rasanya sampai sini saja entri aku.. ingat er jangan sembunyikan makanan dari member.. lalala...

Lama Tak Update Blog



Assalamualaikum readers.

Dah lama tak update blog kan? Tetiba semangat nak update blog berkurang sekarang. Thanks to those yang sentiasa baca blog and klik yang mana patut. Hehe, jasa baik korang sangat aku hargai.

sejak aku dah bekerja ni masa mmg terhad sbb tu la tiada masa nak  update blog...walau apa pun hari ni aku ada kesempatan untuk update blog ni yang lama aku tinggalkn...
selama aku tak update blog ni macam2 cita dan kisah belaku kepada aku tp tak sempat nak update ke blog.

apa pun sekarang ni aku happy sebab aku dah bekerja ladang anggur aku pun dah aku serahkan pada orang lain, sekarang ni aku hanya focus pada 1 pekerjaan walaupun kadang2 rasa tension tp tepaksa di lalui dengan kesabaran...




Wednesday, 27 February 2013

ERTI PERSAHABATAN

salam dihulur...tanda kenalan...
kenal nama... disambut senyuman...
ikatan bertukar menjadi kawan...
kongsi tawa, kongsi tangisan...
kita semakin rapat...
terus menjadi sahabat...
sentiasa dihati...walau jauh...walau dekat...



Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.





Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.




Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.


 


Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?




Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.




Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanl ah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..


 buat sahabat-sahabatku yang sering terkecil hati kerana perbuatan atau kekasaran bahasaku...aku memohon keampunan dari kalian...maafkanlah diriku....