Monday, 4 June 2012


“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya), yang tidak mengantuk usahkan tidur, yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya, yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya, dan Dialah yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)”.
Di atas adalah bacaan dan maksud ayat Kursi yang diterjemahkan dalam bahasa melayu. Ayat Kursi amat agung di sisi Allah S.W.T dan ketahuilah bahawa sewaktu ayat ini diwahyukan kepada Rasulullah, terdapat beribu-ribu malaikat yang mengiringi ayat Kursi kerana kebesaran dan kesuciannya. Oleh kerana keagungan ayat ini, maka jin kafir yang paling kuat yang digelar Ifrit pun tidak mampu menahan kehebatan ayat Kursi sehingga ia mati. Ikuti kisahnya.
Pada suatu hari, seorang pedagang bernama Ka’ab telah pergi ke negeri Basrah dengan membawa barang dagangannya untuk dijual. Setelah Ka’ab sampai di sana, dia mencari tempat penginapan, tetapi semuanya telah dipenuhi oleh pedagang-pedagang yang telah datang lebih awal. Kemudian Ka’ab melihat ada sebuah rumah kosong yang dindingnya terdapat banyak sarang labah-labah. Kelihatannya rumah itu telah lama tidak didiami orang. Ka’ab bertemu dengan tuan rumah tersebut dan ingin menyewa tempat itu selama lebih kurang satu minggu.
Kata tuan punya rumah tersebut, “Rumah ini aneh sekali, selalu menjadi buah bicara masyarakat ramai. Menurut kata orang, rumah ini didiami oleh jin Ifrit dan banyak orang yang mendudukinya menjadi binasa”. Ka’ab berkata, “Meskipun demikian memandangkan tempat lain tidak ada, saya sanggup tinggal di sini asal saja tuan mengizinkan”. “Baiklah, saya tidak keberatan dan saya tidak mengambil sebarang bayaran”, kata tuan rumah.
Ka’ab tinggal di rumah itu mulai petang hari dan tidak merasa takut tetapi apabila tengah malam, Ka’ab nampak bayang hitam dengan dua biji mata menyala-nyala seperti api mendekati dirinya. Maka Ka’ab bangun membaca, “Allahula ilaha illa huwal hayyul qayyuum” tetapi bayang-bayang itu selalu mengikuti apa-apa yang dibaca oleh Ka’ab sehingga hampir pada akhir ayat. Tetapi setelah Ka’ab membaca akhir ayat berbunyi, “Walaa ya uduhu hifzuhumaa wa huwal alyyul adziim” tidak terdengar lagi suara yang mengikutinya.
Ka’ab hairan dan ulanginya lagi membaca kalimah terakhir tersebut, “Walaa ya uduhu hifzuhumaa wa huwal alyyul adziim” tetapi tidak terdengar lagi suara yang mengikutinya, maka dibacanya berulang kali dan bayangan hitam itu pun hilanglah dan pandangan Ka’ab. Kemudian Ka’ab terbau sesuatu bau seperti ada sesuatu yang terbakar. Kemudian Ka’ab tidur di tempat itu dengan tidak mendapat apa-apa gangguan.
Keesokkan paginya Ka’ab mendapati di salah satu sudut rumah itu terapat bekas-bekas seperti ada sesuatu yang telah terbakar dan nampak ada abunya. Di saat itu Ka’ab mendengar suatu suara berkata, “Hai Ka’ab, engkau telah membakar jin Ifrit yang ganas”. Ka’ab hairan dan berkata; “Dengan apa aku membakarnya?” Jawab suara itu, “Dengan firman Tuhan: Walaa ya uduhu hifzuhumaa wa huwal alyyul adziim”.
Seperti yang diketahui umum, jin Ifrit telah wujud dari zaman dahulu lagi dan ia pernah diceritakan bahawa jin Ifrit adalah salah satu daripada pembantu Nabi Sulaiman yang hebat sewaktu pemerintahan baginda.

Friday, 13 April 2012

Adik Ku...

adik ku bibie nur syafiqah abg tau abg salah abg lama x kontek adk...
abg x niat pun mau buat adk mcm tu,walaupun abg x kontek adk tp adk sentiasa dlm fikiran abg
abg selalu fikir psl adk,abg risau psl adk...
abg x niat pun mau buat adk sakit hati atau marah abg harap adk faham.
abg tau adk rasa tesisih sekarang ni sbb abg lama x kontek adk,abg tau bnyk benda adk mau kongsikn dengan abg,adk bersabar lah dulu bila semua sdh selesai abg kontek adk juga,sayang abg pada adk x pernah berubah 

abg x adk..adk ja la satu2nya adk abg,abg x mau adk rasa tesisih dan kecil hati dgn abg
abg sdh janji dgn adk yg abg x akn abaikan dan lupakan adk walau apa pun yg akan tejadi,
rindu abg pada adk susah mau d ungkapkn dgn kata2 
pecaya lah dik abg x pernah lupakan adk dan abaikan adk 
walaupun abg tau adk marah dan sakit hati pada abg

sekarang ni abg minta adk tumpuhkan perhatian pada pelajaran sekarang ni sdh bln 4 
SPM x lama lg abg mau adk belajar bgs2 jgn fikirkn benda yg x penting melainkn pelajaran abg sentiasa doakan adk,dan abg sentiasa menyokong adk dr belakang 
abg tau adk boleh...ingat TARGET adk tu mau dapat semua A dlm semua subjek adk pasti boleh yang penting DUIT!!!




ini lah adk aku yang aku paling syg dia lah yg selalu menjadi penghibur hati aku kalau aku kesunyian...
adk maafkan abg ya kalau abg selalu sakitkan hati adk dan buat adk rasa tersisih...

Thursday, 15 March 2012

Hidup Tanpa Kenangan,Seperti Hidup Sendirian



kenangan. hanya ada tiga kenangan yang selalu hadir tanpa paksaan
memberi seribu pengertian. semuanya hadir secara kebetulan. kenangan 
rambangyang mampu mengukir senyuman.




 Gagak hitam sekawan. haiwan yang darjatnya diangkat tinggi melepasi 
awan sampai ke bulan. haiwan yang menjadi ikon sebuah kumpulan.
kumpulan yang selamanya dipertahankan. kumpulan yang dianggotai tiga
belas jejaka idaman. walau jauh terpisah badan mereka tetap segar
dalam ingatan.


hujan. ada yang kata itu cuma cuaca harian. ada yang kata hujan 
menyusahkan. tapi hujan itu mengulit kenangan. dalam hujan pernah terjadi
satu pertemuan. dalam hujan telah berlaku satu perpisahan. dalam hujan
juga ciuman pertama telah diberikan. setiap kali hujan hati akan teringat 
kepada semua kawan-kawan yang dianggap istimewah dalam hidup.


perkara memalukan. bila teringat bukan setakat senyum malah ketawa sakan.
terjatuh, gurauan atau tersalah sebut satu perkataan. bila diimbas pasti
akan mengundang hilaian.


setiap kali mengimbau kenangan di atas membuat bibir ini senyum sendirian.
rasa kurang siuman?biarkan. sesungguhnya senyuman itu melindungi
seribu ketakutan. dan sesungguhnya senyuman itu menutup seribu 
kesedihan.


PS : cuma kawan sejati dapat membezakan senyum ini palsu atau asli :)







Monday, 12 March 2012

Kawan Makan Kawan (SEBUAH PICISAN UTK TATAPAN)















Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya menyatakan,

"Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati." (Hadis Riwayat Al-Bukhari Muslim)


aku cuba menjadi yang terbaik untuk semua orang. aku cuba untuk menggembirakan hati semua orang. aku cuba untuk menenangkan hati semua orang..

tapi ternyata aku silap..
ada orang yang mempergunakan kebaikan ku. ada orang yang mengambil kesempatan keatas kebaikan ku. ada orang yang mengambil peluang atas kebaikan ku ini..

tapi kenapa??apa salah aku? apa dosa aku sampai dia buat aku macamni? adakah sebab kesempitan hidup membuatkan dia bertindak mengikut hati dan perasaan tanpa mementingkan perasaan orang lain? adakah sebab desakan wang membuatkan dia lupa bahawa ada orang yang dulunya sentiasa mendoakan kejayaan dia..

mau buat mcmana kan..ini realiti kehidupan..tak namanya manusia kalau tak berubah. tak kira la dari jahat ke baik ataupun dari baik ke jahat.. tak namanya manusia la kalau tiada sifat iri hati ataupun cemburu terhadap kejayaan orang lain.



aku membina apa yang aku ada sekarang bukannya senang. puas dah jatuh tersungkur, puas dah kena hempap tangga, puas dah lemas dek lautan dalam, puas dah sesat dek hutan tebal. aku jadikan semuanya sebagai tali, pelampung, dan jambatan untuk aku berjaya.


atas usaha dan inisiatif sendiri, atas berkat doa yang tak pernah jemu, atas redha dan tawakal yang tak pernah kenal penat...aku merangkak, berjalan dan berlari untuk capai apa yang aku inginkan...

aku takkan membina istana emas atas penderitaan orang lain.
masih ada sifat naluri kemanusiaan dalam diri ini.
mungkin keturunan aku bukan dari keturunan yang jahat, tak pun didikan yang cukup dari keluarga aku membuatkan aku sebergini. paling kurang pun aku sendiri sedar bahawa tak elok untuk melakukan kejahatan terhadap orang lain.

maaf sekiranya aku bersalah. maybe ada keburukan aku juga yang kau tak mampu luahkan.. tapi kita boleh berbincang kan?

berat mata memandang, berat lagi bahu ku memikul.
ko mana tahu??

Sunday, 4 March 2012

Perkahwinan...





perkahwinan bukan shj tentang zuriat,,perkahwinan itu adalh tentang perjalanan dlm mencari cinta kelas pertama...cinta kepada Allah yg disandarkan kpd manusia...klau kita x mengecapi cinta yang utama bgaimana kita hendak mula brharap pd manusia sedangkan pengharapan itu adalh milik Dia..
 

" Jangan mencintai lelaki segunung harapan kerana cinta lelaki tak sama nilainya dengan cinta wanita.., TAPI CINTAILAH SUAMIMU setinggi mana yang kau mampu , walau tidak sama nilainya dari suami , kerana DI SITU ADA JALAN SYURGA ALLAH ..WALLAHUALAM "


Thursday, 1 March 2012




Hatiku Memendam Rasa...





                                                       wahai hati...



kamu...
maafkan aku kerana memandam rasa ini.
kamu tahu...
ianya bukan sesuatu yang mudah.
tapi aku harus tegarkan hati untuk terus melalui semua ini.

kamu...
kadang-kadang aku rasa tak kuat sangat untuk terus berpura-pura
kamu tahu...
ianya amat sukaruntuk tersenyum seolah-olah aku redha dengan semuanya.
tetapi aku harus terus melawan rasa yang ada dihati ini.

aku bukan yang sempurna.
aku juga bukan yang menjadi pilihan utama.
tetapi kamu...
aku akan sentiasa ada untuk memastikan kamu sentiasa bahagia.
biarpun kehadiran dan kewujudan aku tidak nampak dimata kamu.
tapi aku senang andai kamu bisa tersenyum.

kamu...
aku tidak suka melihat kerutan di dahi kamu.
serius, ianya tidak sesuai untuk kamu.
aku akan runsing bila kamu jadi begitu.
seandainya aku bisa memberikan senyuman aku di wajah kamu.

kamu...
aku berharap aku dapat menemui seseorang yang akan buatkanaku lupa tentang kamu.
kerana kamu juga sudah ada penganti.
aku senang bila kamu boleh kembali tersenyum.
biarpun yang menjadi punca senyuman kamu adalah orang lain.
aku faham dan aku memahami kenapa kamu memilih dia.
kerana kehadiran dia lebih bermakna pada kamu.
seperti kamu menyayangi dia, seperti aku menyayangi kamu
bezanya, dia juga menyayangi kamu.
tapi aku, hanya aku, diri aku, dunia aku.
tidak di dunia kamu.

aku sedih...
tapi aku tidak boleh turutkan hati aku untuk terus bersedih
aku kena faham.
dan aku kena teruskan melangkah agar aku tidak terus memikirkan bahawa di dunia ini.
perempuan cuma hanya kamuseorang sahaja.
aku kena bukakan mataku ini untuk orang lain.
paling penting aku perlukan ruang dihati aku untuk seseorang yang lain juga.
aku kena belajar untuk menghargai.

kata kawan aku...
aku perlu lupakan orang itu sekiranya dia tidak tahu menghargai aku.
aku tahu...
kamu bukan tidak menghargai aku.
cuma kamu tiada apa-apa perasaan pada aku.
sebab itu kamu tidak ambil kisah tentang kewujudan aku.

kamu...
maafkan aku sekiranya suatu hari nanti aku tidak mampu teruskan memendam rasa ini untuk kamu.
aku tidak mahu terus berharap kerana aku bimbang akuakan terus kecewa.
tapi sebelum aku jadi begitu.
aku berharap kamu akan mengetahui.
betapa pentingnya kamu dalam hidup aku.
cuma aku berharap aku masih bisa melihat senyuman kamu.
kerana dengan cara itu sahaja dapat mengubati rindu ini.

kamu...
kamu dan kamu.
semoga kamu menemui kebahagian kamu.
semoga aku juga terus tabah dan menemui kebahagian aku itu.
aku akan mendoakan kamu dan dia.





                                                    


Monday, 9 January 2012

Perginya Seorang Sahabat Memperjuangkan Masa Depan...

Ilham Setiawan
(Jurulatih PLKN)


Teppo
(Akademik Golf,Bukit Kiara)


Dua sahabat yg terpaksa berpisah bersama sahabat lain demi memperjuangkan masa depan yg di idam-idamkan
senyum,tawa dan gelagat mereka sentiasa bermain dalam minda walaupun jarak yg jauh memisahkan,namun itu bukanlah halangan untuk kami terus kekal dlm persahabatan...
mmg sudah menjadi lumrah dalam perhubungan pasti ada perpisahan tapi perpisahan ini bukanlah utk selamanya ini hanyalah sementara dan pasti akan berlaku pada setiap insan utk masa depan masing2...
doa kami sebagai sahabat sentiasa mengiringi langkah kalian dalam mengejar impian masing2,
semoga kita semua akan berjaya seperti mana yg kita impikan dan kita harap2kan
amin40x

selepas ni ntah siapa lagi akan berpisah bersama sahabat utk pergi memperjuangkan masa depan mereka seperti ILHAM SETIAWAN dan TEPPO
????
---GOOG LUCK "N" ALL THE BEST--- 






Thursday, 5 January 2012

Makan Malam Bersama Sahabat...



makan malam pada 26.12.2011 bertempat di anjung selera likas,sebelum makan malam ni kami p tengok wayang...maaflah kalau gambar ni tidak begitu jelas mungkin disebabkan keadaan malam dan gambar ni di ambil menggunakan HP ja...

kalau kita lihat pada gambar ni nampak kegembiran pada raut wajah masing-masing...dalam mereka bercinta, mereka tidak lupa pada persahabatan mereka walaupun mereka mempunyai kekasih...ada sesetengah orang berpendapat seseorang itu mudah lupa pada sahabat pabila sudah memiliki awek...tapi sangkaan itu sama sekali tidak benar,kerana lihatlah mereka ini masih boleh lepak bersama sahabat dalam masa yang sama bersama awek masing-masing walaupun ada di antara mereka yang tidak punya pasangan tapi itu tidak menjadi masalah pada mereka...

Insaflah Wahai Kaki Clubbing...

Buat renungan,gambar dibawah adalah antara gambar kejadian Kelab Malam aka disko terbakar ketika menyambut Tahun baru 2009 di Thailand. Kelab malam mewah di Santika,Thailand ini telah musnah dan 61orang penghuni didalamya mati hangus serta merta (tak termasuk yang cedera). Mati dalam keadaan keji begini cukup memalukan jika kita orangIslam yang mengaku beragama Islam.?











Kepada mereka diluar sana, buatlah azam baru supaya kita kembali danberubah tidak mengamalkan aktiviti yang dilaknat ini. Azab di dunia sudah ditunjuk dan azab di akhirat menanti dengan lebih pedih!!

Wednesday, 4 January 2012

kenangan masa dulu...


tgk dr gambar ni nampak yg mereka ni begitu akrab...tp sebaliknya punya cerita yg tersendiri...masa sekolah mereka ni mmg sgt akrab mcm adik-beradik seorang ada masalah semua datag membantu,betapa eratnya hubungan antara mereka...tp tu cerita dulu sekarang semua sudah berubah,semua dgn hal masing2 abis ja zaman persekolahan semua bawa diri masing2,ada yg berkerja,sambung belajar ada juga yg sudah kawin, hubungan mereka tidak seperti dulu lagi,hanya beberapa org yang masih kekal bersama hingga sekarang...betapa berbezanya persahabatan semasa sekolah dan selapas sekolah...
Sekadar ingat mengingati.. ...

SEBELUM Tidur

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur

sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meridloi kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara

seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas

tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaan irrohiim,

Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam

yakul

lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua

akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa

Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum

wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka

seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi

walaailaaha

illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.