Sunday, 10 November 2013

Kehidupan seorang perantau





 
 
 
Assalamualaikum...
Harap korang dalam keadaan sihat sentiasa...
Thanks kerana sudi singgah blog ini..

bersendirian ketika ini.. terbuka idea untuk menulis entri mengenai kehidupan seorang perantau...
perantau seringkali digambarkan seorang remaja yang keluar dari kampung untuk merasakan kehidupan di ibukota.. hidup bebas..tanpa kongkongan..

adakah ini yang dikehendaki oleh setiap remaja yang ingin merasa kehidupan sebagai seorang perantau..?
aku percaya semua remaja ingin bebas... bebas bukan bermaksud bebas melakukan apa sahaja...
sentiasa  beringat pada diri sendiri..! dan pegang la prinsip dalam hidup masing-masing..  
nescaya akan berjaya kelak..



zaman ribena ku dulu..aku sering melihat remaja yang keluar dari kampung dan berhijrah ke bandar-bandar besar.. tujuan untuk merasakan kehidupan sebagai seorang perantau.. dengan semangat yang berkobar-kobar meninggalkan kampung halaman dan keluarga... ditanam sedalam-dalamnya dalam hati dengan niat merantau untuk membantu keluarga.. mengharapkan pulangan sebagai seorang perantau yang berjaya....

lumrah bagi seorang perantau bila berada di ibu kota... dugaan dan cabaran akan diharungi dengan hati yang tabah.. tiada lagi tempat untuk meminta simpati...
kau berilah RM1..! nescaya akan digunakan duit itu sebaik yang mungkin..! betapa berharganya RM1 ketika  mula-mula memijakkan kaki di ibukota..

bila bergelar seorang perantau.. tiada lagi masa yang digunakan untuk lepak.. menghabiskan masa tak tentu pasal..jika ada kesempatan untuk berehat.. akan digunakan kesempatan itu untuk rehat sepenuhnya..

KERJA..! itulah benda pertama yang sentiasa diberi keutamaan ketika bergelar perantau.. 
"kau kerja kau hidup..! tak kerja balik kampung lah..!" 

kerja..kerja..kerja... perkara ini sentiasa bermain di fikiran seorang perantau...
korang dapat gambarkan kehidupan seorang perantau dari negara luar.. bekerja di sektor pembinaan.. pergi kerja waktu pagi.. usai kerja sehingga senja.. bahkan ada yang bekerja sampai lewat malam... demi mendapatkan sesuap nasi... dan berharap hasil dari gaji tu dapat membantu keluarga di kampung.. 



"biarlah aku bersusah payah di sini.. janji keluargaku di kampung hidup dengan senang"

tidak mustahil ayat di atas akan tersemat dalam hati seorang perantau yang ingin membantu keluarga...





aku pernah bertanya pada seorang pekerja nepal..

aku: "kenapa kerja kat malaysia?"
nepal: "sebab negara malaysia senang kerja"
aku: "gaji okay tak?"
nepal: "boleh la.. selalu dapat duit gaji, itu duit hantar keluarga itu india"



warga asing berlumba-lumba untuk mendapatkan pekerjaan di negaraku Malaysia


bertuah la pada mereka yang berjaya menjadi seorang perantau yang dapat membahgiakan dan mengharumkan nama keluarga.. 

kepada mereka-mereka yang bergelar sebagai seorang perantau... semoga korang tabah menghadapi setiap dugaan yang datang... terutama pada mereka-mereka yang tinggal serumah atau sebilik dengan member..


jangan sesekali sembunyikan makanan tahu..! aku selalu dengar masalah seperti ini.. member sanggup menyembunyikan makanan dari member yang lain.. ish..ish..ish.. 

patutkah perkara seperti itu berlaku? yes..! perkara tu memang kenyataan.. sebab aku pernah mendengarnya... dan rasanya tak perlu la aku beritahu kat sini dengan lebih lanjut...

okay la... rasanya sampai sini saja entri aku.. ingat er jangan sembunyikan makanan dari member.. lalala...

No comments:

Post a Comment